Isnin, 15 Mac 2010

KEJAYAAN ADA DI MANA-MANA.......


KURIKULUM baru akan memupuk semangat 1Malaysia melalui subjek baru yang bertemakan kenegaraan dan patriotik.

Bangsa membaca bangsa berjaya.


DR. RAIS Yatim (kanan) menyampaikan sijil penghargaan Program Galakan Membaca kepada Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada majlis pelancaran Mari Membaca 1 Malaysia di PNM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

WALAUPUN kadar literasi rakyat Malaysia tinggi iaitu 92 peratus tetapi secara purata rakyat negara ini hanya membaca dua buah buku setahun.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 ini hanya melibatkan responden yang membaca untuk hobi dan rekreasi sahaja. Tidak termasuk responden yang membaca buku teks dan bahan rujukan untuk peperiksaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, olahan semula terhadap kajian tersebut mendapati rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas membaca antara lapan hingga 12 buah buku setahun.

Bagaimanapun, katanya, amalan ini perlu terus dibudayakan supaya terus sebati dan berakar umbi dalam diri setiap individu.

"Proses ini memakan masa dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk syarikat-syarikat korporat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen Mari Membaca 1Malaysia anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rais berkata, sumbangan syarikat korporat tersebut amat penting demi menjana ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan yang berpaksikan kepada penghasilan produk dan perkhidmatan yang inovatif.

"Melalui sumbangan sektor swasta, bilangan perpustakaan desa juga boleh ditambah," jelasnya.

Ketika ini jumlah perpustakaan desa adalah 1,089 buah di seluruh negara.

Kerajaan, tambah Rais, turut memberi pelepasan cukai pendapatan atas pembelian bahan bacaan.

"Insentif ini bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk membaca dan membeli buku, seterusnya membantu mengembangkan industri penerbitan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar menjelaskan, objektif program Mari Membaca 1Malaysia adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat membaca dijalankan secara berterusan bagi membolehkan masyarakat mengamalkan tabiat membaca sebagai gaya hidup.

Menurut beliau, golongan sasar adalah pelajar sekolah, penuntut universiti, penjawat awam/swasta, ibu bapa daripada semua kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.

"PNM menggariskan empat strategi untuk mencapai matlamt program ini iaitu menjalin kolaborasi, memperkasa prasarana, memperkasa kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan menggerakkan secara proaktif badan-badan sukarelawan," jelasnya.

Pertama, PNM akan berkolaborasi dengan jentera kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Manakala kolaborasi dengan sektor swasta bersifat bantuan kewangan seperti penajaan, pembiayaan dan sumbangan dalam aktiviti yang diadakan.

Kedua, PNM akan membina lebih banyak perpustakaan desa, memperbanyakkan sudut bacaan di tempat tumpuan umum. Misalnya di kompleks membeli belah dan perhentian bas supaya orang ramai boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku yang disediakan.

Ketiga, bagi memnuhi keperluan golongan kanak-kanak dan remaja yang lebih 'mesra' dengan perkhidmatan atas talian, PNM akan memantapkan aplikasi ICT dalam perkhidmatannya. Pendekatan konsep siber ini diharap dapat menarik minat golongan itu untuk mendampingi perpustakaan dan seterusnya menyuburkan budaya membaca dalam kalangan mereka.

Keempat, memanfaatkan pertubuhan sukarela yang sedia ada seperti Kelab Sinar Pintar untuk menggerakkan proram mari membaca ini. Kelab tersebut mempunyai 11,000 ahli dan 1,500 mentor di seluruh negara. Dengan itu program membaca boleh dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berterusan.

Program mari Membaca telah diperkenalkan pada 1995. Mulai 2006 ia menjadi agenda sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif kepada rakyat Malaysia.

Sabtu, 13 Mac 2010

Batik.....





































Majlis Maulidur Rasul






































Santai....


Yasmin dan Shida......

Hanya kata-kata.......

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar .

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.

*
Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.

*
Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.

*
Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

Happy Birthday......