Sabtu, 8 Disember 2012

.....SUATU MASA.....


Nak buat entry apa malam ni yaaaa.....aargghhhh.....bosan sangattt.....
"Angin lalu....kau sampaikan rasa rindu yang membara kepadanya...."
~HeHeHe~ jiwang la pulakkk....sekali sekala apa salahnyaaa......:)
Chawwww...jommm tido.....Assalamualaikum....Selamat malam

RINDU BUKANLAH ANGIN...


Semoga Rindu Cepat Berakhir...
Jika bintang-bintang sudah tidak dapat lagi menemani
Biarlah ku nikmati kesunyian ini...
Jika puisi indah sudah tak dapat lagi mewakili perasaan ini
Biarlah ku nikmati kehampaan ini...  
Mungkin air mata yang tulus akan lebih bermakna dari pada tawa penuh dusta
Semoga kerinduan ini akan segera berakhir...
Seiring ku dapatkan kerinduan baru yang lebih bermakna dan dapat membuat ku bahagia...

"BLUEBERRY MUFFIN"

Hari ni dapat jugak cuba buat blueberry muffin ni....masam2 manis rasanya. Orang kata, tak cuba tak tahu kannn....boleh laa...hehehehe.......Encik Suami kata.....dapur dah mula berasap.....Chehhhh, tak bagi semangat langsung kannn....cuti2 sekolah...dok rumah jaa....cubalah apa2 yang patut....jommm tengokkk :)


Kadang bila mai mood rajin, buat la apa2....kalau mood x mai....ampun maaf laaa...apa pun x boleh....:) Bukan selalu nak mencuba...bila sekolah dah mula buka nanti....sibuk memanjang....masa x cukup....atau buat2 sibuk jaa....huhuhu......

Jumaat, 7 Disember 2012

Hilangkan sakit kepala.


Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh

Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Dipetik dari Blog MUSAFIR ILMU (Putera Muizz) Irbid, Jordan.

‘Daerah’
itu daerah tenang
sekalipun ada yang kata usang.

Daerah
itu daerah damai
sekalipun sukar untuk kusampai .

Daerah
itu daerah terlarang
sekalipun aku mahu ke situ .

Biarkan saja aku impikan daerah itu….

Kata mereka daerah mu itu jauh .
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh .
Yang jauh itu jiwa yang mungkir.
Padaku daerah ini amat hampir .

Kata mereka daerah kau itu sepi.
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni .
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian.
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan .


Daerahku ini
daerah berpendirian .
Berpaksikan firman Tuhan .
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan .
Daerah ini tak pernah peduli .
Apa kata abdi atau pembesar negeri.

Daerah ini berpasakkan Nabi .
Bagindalah mimpi .
Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini .
Sekalipun ada yang tak gemari.
Biarkan saja aku di daerah ini .
Sendiri membawa diri dan sanubari .

Biarkan saja aku di daerah ini .
Sekalipun ada yang tak gemari .
Biarkan saja aku di daerah ini.
Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi .

Di daerah ini, biarlah aku……..
Simpankan ‘daerah’ itu untuk aku kerana daerah itu ada di dada kamu…….

Ya!!!
Akan aku pastikan .Daerah itu milik aku.......

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

BiNtAnG HaTi....Jauhnya tidak tercapai tangan....




My Trifle...





Cheese Cake Cinta Hati...




Si Putih yang menjadi jugakkk.....:)