
"Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih"
Selasa, 31 Mei 2011
Selamat Hari Lahir, Abang.....

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.
Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.
Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....
Isnin, 16 Mei 2011
Selamat Hari Guru.......~Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara~

Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Selamat Hari Guru!!!...
Jumaat, 6 Mei 2011
Makkkk....!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku… mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti telefon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu berleter kat aku.. mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Dulu mak kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak…......”. Berderai air mata. Hari ini aku mampu beri itu semua pada mak tapi mak sudah tiada.
Isnin, 2 Mei 2011
SALAHKAH AKU......??????
