Isnin, 2 Mei 2011

SALAHKAH AKU......??????

Hanya yang maha kuasa mengerti segala-galanya,
apakah tujuan ku medampingi mereka,
lalu aku.....cuba berpura-pura,
dan di suatu ketika membiarkan mereka teraba-raba menderita,
seperti yang pernah ku rasa.....

Entah mengapa di hari ini,
naluriku kembali meronta,
melafazkan segalanya,
buat tatapanmu di kali kedua,
bulat harapanku agar kau percaya bahawa aku......
bukan seperti disangka.

Terlalu lama aku memendam rasa,
kenangan lalu masih hangat ku rasa,
dikala ingin sekali ku lafazkan ungkapan suka,
namun apakan daya,
ternyata ku alah pada keadaannya.

Berbekalkan ingatan,
ku pendam,
ku bulatkan tekad....berusaha semahu,
tanpa ditemani.....tanpa diganggu.

Di malam yang dingin lagi syahdu,
agar aku juga berjaya sepertimu,
seperti yang telah terbukti,
semuanya keranamu.....

Aku tetap aku dengan perasaanku,
sekalipun dalam jawapan yang kelabu,
harapanku tak mungkin layu,
namun aku tetap akan merinduimu....
utuh mengingatimu....hingga esok-esoknya.

Apa......salahkah aku....????

2 ulasan:

  1. Sebuah ilusi dari seorang sahabat.....telah 22 tahun berlalu....Masihkah kau ingat sahabat ???

    BalasPadam
  2. sabar ...kerna Allah swt maha mengetahui apa niat kita

    BalasPadam