Selasa, 28 Jun 2011

Air mata kerana Allah........



Apabila kita kehilangan sesuatu kita akan sedih dan kadang-kadang akan mengalirkan air mata.
Begitu juga apabila seseorang pergi meninggalkan kita, kita akan menangis..
Itu memang lumrah dan fitrah seorang manusia yang mana diberikan jiwa dan hati yang cukup halus.

Kita amat takut apabila orang yang kita sayangi meninggalkan kita..
Kita cukup-cukup takut apabila orang yang kita sayangi membenci kita..
Dan sudah tentu air mata kita akan laju mengalir apabila semua itu berlaku..

Tetapi amat sedih sekiranya kita tidak mengalirkan air mata jika iman kita makin berkurang.
Amat malang sekiranya kita tidak mengalirkan setitik air mata walhal dosa-dosa menggunung kita kumpul..
Dan amat bodohnya kita andai tidak merasakan apa-apa jika jauh dari agama Allah.

“ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”

Ahad, 26 Jun 2011

'Daerah' itu milik aku.....

‘Daerah’ itu daerah tenang sekalipun ada yang kata usang.Daerah itu daerah damai sekalipun sukar untuk kusampai .Daerah itu daerah terlarang sekalipun aku mahu ke situ .Biarkan saja aku impikan daerah itu…. Kata mereka daerah mu itu jauh .Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh .Yang jauh itu jiwa yang mungkir .Padaku daerah ini amat hampir .Kata mereka daerah kau itu sepi.Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni .Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian .Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan .


Daerahku ini daerah berpendirian .Berpaksikan firman Tuhan .Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan .Daerah ini tak pernah peduli .Apa kata abdi atau pembesar negeri.Daerah ini berpasakkan Nabi .Bagindalah mimpi .Bagindalah realiti.. Biarkan saja aku di daerah ini .Sekalipun ada yang tak gemari .Biarkan saja aku di daerah ini .Sendiri membawa diri dan sanubari .Biarkan saja aku di daerah ini .Sekalipun ada yang tak gemari .Biarkan saja aku di daerah ini .Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi .


Di daerah ini, biarlah aku……..Simpankan ‘daerah’ itu untuk aku kerana daerah itu ada di dada kamu…….Daerah itu milik aku.......

Isnin, 20 Jun 2011

Ahad, 12 Jun 2011

Bila adik beradik berkumpul.......:)

Sonok bangat bila dapat berkumpul macam ni.....makan2...sembang2....gelak2......
teringat masa ada arwah mak dan ayah.....ermmmmmm.......
Walau apa pun....air dicincang tak akan putus.......

Gulai daging + kentang arwah mak...........


Ayam berempah........aku la tu.......sedap bangat.....hahahaha...pasan lebih......


Tu dia......in prosessss.......:)

Sembang punya sembang....makan punya makan.....nasi habis satu pelengat pun tak pasan.......hehehehe........


Bila ia kan berulang lagi.................???



Selasa, 31 Mei 2011

~14 tahun berlalu~

Moga kebahagian menjadi milik kami.......Aminnnnn.......<3

Selamat Hari Lahir, Abang.....

010611...
Buat suami...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru.......~Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara~



Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Selamat Hari Guru!!!...