Ahad, 19 Disember 2010

Kek Coklat Moist

Resepi Kek Coklat Moist


BAHAN UNTUK KEK SPAN :

900 gm mentega
2 kg gula
16 biji telur
1600 gm tepung kek
45 gm soda bikarbonat
120 gm serbuk koko
40 gm serbuk penaik
2 kg susu segar

BAHAN UNTUK COKLAT GANACHE :

1 kg krim masak
2 kg coklat masak gelap

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang, diikuti telur sedikit demi sedikit.
2. Ayak tepung, soda, serbuk koko dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam bekas.
3. Kemudian masukkan letak susu segar dan masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160 Celsius untuk tempoh 50 minit.
4. Setelah masak, sejukkan kek span sebelum dihias (seelok-eloknya letak dalam peti sejuk)
5. Potong kek span tadi kepada tiga lapisan dengan ketebalan 1.5 cm.
6. Lapisan pertama disapu dengan coklat ‘ganache’ dan seterusnya sehingga habis tiga lapisan kek span tadi dan tinggi kek dalam lingkungan 6cm – 7cm.
7. Hiasan atas kek boleh gunakan kreativiti sendiri.

CARA MEMBUATNYA:
1. Potong coklat menjadi kecil, masukkan ke dalam mangkuk.
2. Panaskan krim dan tuang ke dalam mangkuk tadi, kacau hingga sebati.
3. Sejukkan ia, sebelum digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan