Sabtu, 11 Disember 2010

Pencegahan Kanser Servik.


Apakah Kanser Servik ? Ia merupakan sejenis kanser atau barah yang berlaku di bahagian pangkal rahim (servik). Menurut fakta, ia merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun serta menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Penyebab utama kanser ini adalah Human Papilloma Virus (HPV) dan setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin. Untuk mencegahnya, sejenis pelalian diperkenalkan untuk mengelakkan dari terkena jangkitan HPV. Pelalian HPV ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan. Buat masa ini, pelalian ini diberikan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua anak gadis 13 tahun. Ia merupakan langkah-langkah pencegahan awal agar dapat melindunginya dari terkena dan mendapat kanser ini di masa akan datang. Pelalian ini diberikan mengikut jadual berikut:
  • Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
  • Suntikan kedua - satu (1) bulan selepas suntikan pertama.
  • Suntikan ketiga - enam (6) bulan dari suntikan pertama.


    Pelalian ini boleh didapati di semua klinik serta hospital KKM dan kempen sedang dilakukan untuk memberikan vaksin ini di sekolah.

    Oleh kerana pelalian percuma oleh KKM ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa; dinasihatkan bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan mendapatkan pelalian ini di klinik dan hospital swasta. Caj pada kadar tertentu akan dikenakan.

    Memandangkan terdapat kes yang menunjukkan pelalian ini mungkin berisiko (ada kes kematian terpencil akibat pelalian HPV), persetujuan bertulis diperlukan dari ibu bapa untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma dan pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian ini.

    Walaupun pelalian ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan kecuali bengkak dan lebam di tempat suntikan, adalah dinasihatkan supaya perkara berikut diambil perhatian: Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut:
    • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
    • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
    • Hamil.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan