Khamis, 30 Disember 2010

Selamat Tinggal 2010....Selamat Datang 2011.

Masa akan terus berlalu dan manusia akan sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta terus berdakwah meneruskan kerja yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sebelum 2010 tinggalkan kita cuba lihat kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 2010.... berapa banyak kerja2 kebaikan yang telah kita lakukan manakala apakah pekara yang paling teruk yang kita telah lakukan. Apa kah kejayaan yang dapat kita banggakan manakala apakah kegaggalan yang masih menghantui kita. Yang penting kita masih lagi bernaywa untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini dan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan kita.

Terima kasih 2010 kerana memberi daku memori yang boleh dikatakan cukup sempurna . Walaupun kehilangan beberapa insan penting dalam hidup ini, insan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan akan tetapi, pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan. Sepuluh jari dihulur mengharapkan pengampunan dari insan-insan yang pernah terguris hatinya akan kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan. Aku hanya insan kecil dibumi Tuhan.


Selamat tinggal 2010,
Selamat Tinggal Kenangan.
Usah dibuang buku itu,
Simpan baik-baik dalam kotak minda.
Selaklah buku itu jika terkenangkan seseorang.
Selaklah buku itu jika teringatkan segala kenangan.
Biarpun terdapat kenangan pahit didalam buku 2010, itulah guru kita sebenar – “Experience is the best teacher”.


Semoga kalian dan aku merentasi 2011 dengan lebih bermakna, sentiasa berhijrah walaupun setapak (berhijrah yang dimaksudkan disini ialah perubahan pada diri sendiri). Walaupun berada dibawah, aku tetap bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan pada-ku, Syukur pada-Mu Ya Allah dan aku sentiasa mendoakan kalian, walaupun kita berbeza adat, budaya, warna kulit, bangsa, agama, pendirian, ideologi, sifat dan lain-lain. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.


Selamat Datang 2011!

2 ulasan:

  1. selamat tinggal 2010..

    selamat datang 2011...moga tahun 2011 menjanjikan yang lebih baik lagi berbanding tahun 2010..

    **follow ur blog..** 8

    BalasPadam
  2. Tq.....salam silaturrahimmmmmmm...........

    BalasPadam