Rabu, 15 Disember 2010

Tidak mampu kuluahkan.....



Semoga aku memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri aku sempurna, percubaan yang cukup untuk membuatkan aku kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan aku adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan aku bahagia.

Selalu bayangkan diri aku di dalam kasut seseorang. Jika aku rasa ianya menyakitkan , fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Emmmmm...mungkin......

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Aku tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga aku melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Hai hati, bersabarlah.......Pejamkan mata buat seketika dan sabar......tapi entah sampai bila ianya akan berakhir.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan