Jumaat, 17 Disember 2010

Sesi Persekolahan 2011....

Jangan bebankan ibu bapa


MUHYIDDIN (kiri) sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bayaran tambahan persekolahan bagi sesi persekolahan baru 2011 perlu berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak mahu ibu bapa dibebankan dengan bayaran tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Bagaimanapun, menurut beliau yang juga Menteri Pelajaran, jika pihak sekolah perlu sedikit sumbangan daripada ibu bapa, ia boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan seperti mengadakan mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan.

"Jika pihak sekolah berpendapat ia perlu mendapatkan sedikit sumbangan daripada ibu bapa untuk menambah baik lagi pembelajaran di sekolah, ia boleh dibuat menerusi mesyuarat PIBG.

"Maknanya kalau dia kata nak tambah lagi entah beberapa ringgit... dia boleh buat tapi bila PIBG bermesyuarat dan bersetuju barulah mengemukakan permohonan kepada pihak pendaftar iaitu Pengarah kita di peringkat negeri untuk mendapatkan kelulusan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan